25 October 2013

Travelog Umrah, Day 3 : Madinah. (Ziarah luar)

Assalamualaikum. 
Bismillahirrahmanirrahim.


Menyepi jap selama ni. Busy kekonon. But now, Inshaallah akan ada masa untuk berblog. Okay, now sambung diari umrah saya. Betahun baru nak sambung. kihkih. :)

30 Mei 2013 (Khamis)

Untuk harini, kami dibawa ziarah luar. Maksudnya, ziarah sekitar kota Madinah ni. Kiranya kena naik bas lah. Kitaorang kena berkumpul di lobi hotel pukul 7 pagi lagi. Kami dikehendaki oleh ustaz untuk ada dalam keadaan berwudu untuk pergi ziarah ke Masjid Quba'. Kerana apa? Kerana...dalam sabda Nabi Muhammad S.A.W :

 " Sesiapa yang bersuci (mengambil wudu') di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' lalu mendirikan solat di dalamnya, ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah umrah".

Dan Alhamdulillah, dapat solat macam-macam solat sunat dalam masjid ni. Kat masjid ni pun boleh tahan ramainya orang. Tapi, Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Masjid Quba', Madinah.

Selepas tu, kami dibaw oleh mutaif dengan naik bas pergi Jabal Uhud, Masjid qiblatain, medan perang Khandaq dan Ladang Kurma. Semua tempat tu kami lalu dan singgah sekejap je. Tapi, Ustaz ada berceritalah sedikit sebanyak pasal tempat tu. Kami hanya betul betul berhenti lama sikit kat Jabal Uhud dannnn.......pasar kurma ! Wahhh. syurga dunia. hehe.

Jabal Uhud, Madinah

Di Jabal Uhud ni kami semua tak naik bukit tulah. Sebab ustaz cakap tak cukup masa. Tak sempat. Kalau nak naik tu makan masa jugak. So, Ustaz gantikan dengan bagi tazkirah sikit. Bercerita pasal kisah kat Jabal Uhud ni.

Kemudian, kami pun pergilah ke pasar kurma. Okay, time ni dah lapar. Serius dah lapar. hehe. *tetibe je kan*

Tapi  tulah, maaf. Kat sini tak sempat ambik gambar sangat. Sibuk makan kurma. Hehe. Disamping kurma ada jugak coklat, kismis dan sewaktu dengannya. Memang full house lah dalam. Sesak !

Lepas dah beli beli semua, kami pun pulang ke hotel lah sebab dah nak masuk zohor. Nak pergi solat kat Masjid Nabawi pulak.
Masjid Nabawi, Madinah

Pandangan sisi Masjid Nabawi, Madinah

Penat.

Tapi ...
Ya Allah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Allah beri peluang.
Syukur Ya Allah.
:)

Habis untuk harini.
Esok nak pergi Mekah dah !
Sebak nak tinggal tempat Nabi ni. Tempat yang penuh barakah.



Okay. Next post pasal kat Mekah pulak.
InsyaAllah.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment