19 January 2014

Travelog Umrah : Mekah

Assalamualaikum. 
Bismillahirrahmanirrahim.

Okay, kali ni cerita diringkaskan lah ya. Sebab....hehe. macam dah lama sangat dah pun. Siap dah masuk tahun baru lagi tu. Maaflah. Malas sikit nak update blog ni. Kih Kih. *gelak sopan*

Alhamdulillah. Perjalanan ke Makah bertolak pada lepas zohor, pukul 3 petang (waktu Madinah) dan alhamdulillah akhirnya sampai pada pukul 10 malam (waktu Mekah) setelah berada di dalam bas selama hampir 8,9 jam. Oh oh lamanyaaa weh. :D

Dan, setibanya kami di Mekah kami terus dibawa ke hotel. Alhamdulillah, dapat hotel yang agak dekat. Dalam 10 minit (jalan kaki gaya biasa) untuk sampai ke pintu Masjidil Haram. Setelah masuk ke bilik, kemas diri, kemas barang dan rehat sekejap, kami terus turun ke lobi hotel untuk berkumpul. Malam tu jugak untuk PERTAMA kali nya saya akan mengerjakan umrah wajib ke atas diri saya. Subhanaallah. Nevousnya. Excitednya. Semuanya perasan bercampur time ni. Kami berjalan menuju ke Masjidil Haram sambil melaungkan :

LaibaikaAlllahulabaik. 
Labaikalaasyarikalakalabaik. 
Innalhamdah. 
Wani'mata. 
Lakawalmauk. 
Laaasyarikalah.

Time ni dah sebak. Rasa nak nangissss, TT_TT. Eh, bukan rasa. Tapi dah nangis pun. 

Untuk umrah yang pertama ni, ustaz bersama kami untuk menunaikan umrah ni. Alhamdulillah. Okay. sampai je pintu masuk MasjidilHaram, Ya Allah, Ya Alllah, Ya Allah. Saya nampak Kaabah. Subhanallah. Sebesar-besar Kaabah. Selalunya sebelum ni tengok kat tv, sejdah. Tapi kali ni, Ya Allah. real. memang real. *time ni mata berair, tak dapat tahan*.  Kami terus menuju ke Kaabah untuk menunaikan rukun dan wajib umrah yang pertama iaitu tawaf.

Allahuakhbar. TT_TT

Lepas tawaf 7 kali pusingan dengan yakin, minum air zam zam sebagai sunat. Ya Allah. sedapnya. Minum air zam zam sambil mengadap kiblat. Rindu nak rasa perasaan macam ni lagi. Nak pergi lagiiiiiii.

Okay. Lepas dah rehat jap, terus pergi ke tempat untuk bersaie. Berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Penat, tapi alhamdulillah. Allah permudahakan.  Alhamdulillah. Rasa seronok sangat. Tak dapat nak digambarkan rasa tu. Tapi yang paling penting, rasa tenang. Serius.

Bila dah siap bersaie 7 pusigan jugak, umrah ni diakhiri dengan bertahlul atau bercukur. Allah. Allah. Time rasa sebak lagi sebab akhirnya berjaya sempurnakan umrah untuk pertama kalinya. 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sujud syukur.

Alhamdulillah. Secara ringkasnya lagi...
Nak pergi lagi Mekah kalau berpeluang. Inshaallah. One day.

Alhamdulillah. 
Allah beri peluang.
Allah permudahkan.

Subhanaallah.
Mekah dan Madinah tempat yang penuh keberkatan.
Semoga berpeluang datang lagi.
Amin.





No comments:

Post a Comment